Friday, 16 January 2015

Pelajar Tahun Akhir

Assalamua'laikum everybody.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang.
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahrirrahmanirrahim..(Throwback forum gtu. Hehe)

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah dan kurnia-Nya maka dapat I menulis di blog pada hari ini. Lama kot rasa x menulis ni. Hehe. Tahun ni 2015 dah. Hee. Apa yang special sgt tahun 2015 ni?

Ya betul, semestinya I dah masuk final year tahun ni. Pejam celik pejam celik dah masuk final year. Dah besar, dah matang, dah kawen. Alhamdulillah dah masuk final year. Guane rase jd budok final year? Dia rasa mcm excited nk habis blaja and on the same time rasa mcm sedih pun ada. Bakpe sedih? Yela.. Nt xleh nk tgh H.E.P lagi dah. Xleh nk tgk lecturer H.E.P kesayangan ramai. Xbaik menipu Zanee, berdosa. Haha.

Tahun 2014 banyak sgt benda yg negara kita lalui. Banyak teguran dari Allah yg kita dapat tahun lepas. Bermula dengan misteri kehilangan pesawat MH370. Banyak teori sebenarnya pasal pesawat ni. Ada pasal buah manggis. Ada pasal warga Iran yang 2 orang tu. Klu nk tahu teori2 ni, google je. Jgn lupa google skali teori behavioral, rebt, and pcc. 3 teori ni masuk exam.

Seterusnya, kita digemparkan lagi dengan pesawat MH17 yang ditembak jatuh. Kita yang dengar ni pun rasa kesian, what more to say orang yang mengalami nya. Dorg perlukan support, bimbingan dan kaunseling. Semenjak 2 menjak blaja kaunseling ni dia rasa mcm pro lak. Hee. 

Followed by the recent issue yg melanda Utara, Selatan dan yg paling dasyat skali Pantai Timur. Mende? Mende lagi klu bukan banjir. Kita sedia maklum, banjir tahun ni mmg boleh dikatakan banjir yang paling teruk. Cuba bayangkan klu sampai tingkat tiga tu pn air boleh naik. Cane nk survive?

Mereke yang dilanda musibah ni sebenarnya beruntung. Untung apanya, rugi sana sini, rumah hilang, duit xde. Chill bro chill. Dia untung sebab Allah pilih dorg ni untuk lalui ujian ni. Knpa Allah pilih dorg? Sbb Allah tahu dorg mampu untuk menempuhi dugaan ni. Klu kita sendiri? Cuba bayangkan, klu setakat laptop jammed sekejap pun kita boleh membebel 25jam, cuba bayangkan kalau kita dilanda musibah? Nk membebel non stop ke guane? Mereka dalam kalangan org yg beruntung, sebab dalam ramai2 penduduk di atas muka bumi ni, Allah pilih mereka. Allah pilih sebab Allah tahu mcm mana hati2 mereka ni.

Semoga tahun 2015 ni akan jadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Wake up everybody, jgn terlalu leka dibuai mimpi. Bila cakap pasal tahun baru ni, semestinya setiap orang ada azam masing2. New Year Resolution gtu. U ingat u je ada? I pun ada okayyyyy. Tp private and confidential. Hee

Tahun ni final year jadi Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang B.Ed TESL January 2012 Intake. Final year dah weyh, Sem 7. Thn dpn Sem 8. Smoga segala urusan di final year ni dipermudahkan hendaknya. Ayuh sama2 kita bangkit untuk final year. Ehee.

Ni la payah klu da start menulis. Dia jadi mcm membebel lak. Hehe.Idea macam mencurah-curah ke ladang gandum. Somehow I rasa dlm entry ni, penggunaan Bahasa Melayu I agak bagus. Haha. 

Smile:)
Wassalam

*Entry Pelajar Tahun Akhir, tp merepek pasal benda lain. Itu normal.

2 comments:

  1. akak pljr tahun akhir eh? mintak tips utk praktikum bole dak? sy rasa mcm gemuruh sikit nak praktikum tahun ni kak, first time kot nak praktikum tahun ni . akak, bm akak marvelous la . (p/s: dr budak minor rbt)

    ReplyDelete